Sunday, May 8, 2011

Pair of eye is such a gift.

okay just for 15minutes. baru je habis taip result experiment tempoh hari. 1jam 30minit. guys, as u know, today i went to uniqlo, there are few things i wanna share with u gays.


pagi pagi lagi da pegi KLSentral, sekali cimb kat sana buat hal, pinjam duit kawan aku dulu. ching ching. RM150. makan da ada orang belanja. ^____^ . ahhhh, patot la orang dok bising pasal uniqlo rupanya orang kedai pon jenis bising. kejap kejap jerit "UNIQLO!!" "WELCOME TO UNIQLO". bagi aku itu kira friendly la jugak kan. tapi bila da banyak kali macam pintu 11-7 punyer "ting tong" agak annoying jugak la. kalau ikotkan betul la aku kira, ade la dekat 100+ kali aku dengar in 30minutes. tengah syok aku cari baru tetbe ada suara dari tepi, "basket!!" terkejut aku. kalau la ko buat camtuh kat makcik ada sakit jantung komfem jatuh mati kat situ jugak.

beli la sket cenderahati untuk diri sendiri.Dah lama tak beli pape baju kan..pastu aku pegi tengok cite Fast Five. Five Stars! memang best giler. patot bawak mak korang datang tengok kat wayang sempena hari ibu. serius aku tak tipu. aku terpikir jugak, berapa cost buat filem ni ek memandangkan banyak giler keter2 dia hancurkan. FUHHHH!



Masa balik, kat platform monorail tuh, ade la seorang buta jalan kuar nak turun. lepas turun, dia tercari cari escalator. risau pulak aku tengok, kang silap terjatuh kat landasan monorail tuh kang tak pasal. so aku tarik dia bawak turun monorail. aku tergamam seketika, macam mana tuh adalah ayah aku, mak aku ke, abang atau adik aku ke, takde orang tolong temankan dia. pastu aku terpikir lagi, dia tak pernah lihat dunia ni. macam mana cantiknya bangunan disekelilingnya. indahnya ciptaan Allah SWT. dengan mata ini juga, aku boleh tengok cite Fast Five. ya Allah. hampir menangis dibuatnya. macam iklan kat bawah ni.




sementara masih ada nikmat melihat, gunakan sebaiknya. ^_^

No comments:

Post a Comment