Wednesday, October 13, 2010

I'm red and so are you!

UPDATE: sila tengok laporan media kat sini.

ingatkan nak sambung pasal holiday harituh, tapi biar dulu. ada yang lagi
menarik aku nak tulis. sebelum ke isi penting, ingin aku kongsi ngan
korang semua perihal seorang sensei aku.

korang kenal OHP tak?
haaa, aku tak tahu lah kat jepun tak pernah ada benda ni ke tak,
maklum lah, sekarang ni guna projector.sensei bahasa jepun ni,
mengajar aku guna si OHP tuh.kitaorg kurang nampak.

"zoom lah"kata sensei

sekali dia tarik meja OHP tuh ke depan.kitaorg memang dah tak boleh tahan.
ketawa besar.mana ade orang tarik meja kalau nak zoom benda tuh.just turunkan
bahagian lens tuh.ok, pastu dia nak turunkan bahagian atas, tapi tak tahu macam
mana. and lupa bukak cermin kat atas tuh.okay dah.kata lebih-lebih kang tak berkat
ilmu.

semalam aku buat kali pertamanya dalam hidup aku ke stadium untuk tengok
perlawanan bola sepak secara live antara Kelantan vs Selangor.asalnya tak
nak pergi, tapi kawan aku paksa, okay lah.apa salah nak tengok.bila sampai,
aku macam dah teruja giler.sebab dah rasa macam kat Old Trafford sebab
ramai giler orang.dah la semua pakai baju merah! stadium shah alam ni agak
besar jugak.bila masuk, tengok kiri kanan semua penyokong kelantan, sebelah
sana pulak penyokong selangor.waaahh, best kot.



dengan gendang tak henti, ombak penonton, walaupun tak pernah kenal,
tapi kami macam mempunyai satu pemikiran yang sama.bukan penyokong
kelantan sahaja, tapi dua-dua negeri. bila kami dalam offensive, semua
bangun sebab nak raikan jaringan.bila keeper save, semua tepuk tangan.
satu pengalaman yang best.


tapi, aku ingin bersikap jujur kat sini, ada pergaduhan masa half time.
agak kecoh jugak sebab ada yang baling botol air, mercun, kerusi....
aish, nasib baik aku tak terlibat sama.kalau korang nak tahu, ada sedikit
manipulasi kat gambar kat paper, tengok sendiri kat sini.
agak cuak aku nak balik, sebab aku parking moto kat sebelah
pintu masuk penyokong selangor.habislah.

ternyata, aku dikutuk masa nak balik.ada beberapa ayat aku ingat,

"stadium kitaorg dah la mahal, ko kasi jahanam pulak,
stadium korang simen jer"

"haa, tahu penakut.ni la yang buat kecoh tadi"

dan beberapa lagi yang agak pedas.sambil berkata-kata, diaorang hon kat aku.
siap langgar lagi belakang moto aku.nasib baik aku ni jenis taknak cari pasal,
buat-buat tak tahu.aish, aku rasa kan, kalau orang lain, memang dah
gaduh daa.berpeluh-peluh aku nak lari dari diaorg.

Oh!seorang penyokong kelantan meninggal dunia semalam akibat sesak nafas.
ada juga mengatakan ade darah kat kepala dan kesan lebam kat dada arwah.
apa-apa pun, minta semua pembaca sedekahkan al-fatihah.anda boleh lihat semua kat sini.
btw, kalau aku seorang penyokong selangor, aku takkan pergi ke kelantan
untuk support team selangor.dan juga kata-kata seseorang kat FB.tekan sini.

"HENTIKANLAH KEGANASAN DAN PROVOKASI DI STADIUM. HORMATILAH PENYOKONG YANG DATANG BERSAMA KELUARGA. JADIKAN PERLAWANAN BOLASEPAK SUATU YANG MENYERONOKKAN BUKAN YANG MENGERIKAN"

2 comments:

  1. adoiii..nak menyokong ke nak bergaduh depa tu. huhu.
    kalau pemain yang bergaduh, ada logik jugak kot.
    lagipun semalam tu seri kan? huhuh

    ReplyDelete
  2. tuh pasal.tak taw camna boleh gaduh.
    seri je smlm.tapi best.

    ReplyDelete