Wednesday, September 22, 2010

Sekian Lama Menyepi

hari ini baru ada mood nak menulis. tiba dengar lagu Nelly-Just A Dream
ni bagi aku mood hari ni. hrmmm, aku rasa mesti korang semua dah boleh
agak apa aku nak tulis ni kan...biasa la, di bulan Syawal. Aku tengok, Zackzukhairi pon
dah lama tak update blog dia. hampir sebulan kowt. bukan aku je.

sejak aku balik kelantan seminggu sebelum raya, banyak benda berlaku
kat aku.yang best pon ada, yang tak best, toksah cakap, memang
banyak. Sampai sekarang aku duk ingat pasal adik aku sorang ni, yang kononnya
nak cakap omputih lah, dengan yakinnya,

"U are my first CRASH!"

FAILED! Kalau cakap kat girl macam ni dik, komfem la ko kena reject bulat-bulat.
ni la masalah adik aku sorang ni, suke bebenar main-main. main game, main masak
-masak. Kan dah melepas nak guna GC aku tuh!

okay, malam raya lah, aku kan dah lama tak men mercun, so agak teruja tengok
bunga api malam tuh. cantek~~ errmm, yang tak best, bebudak ni, baling mercun
kat aku. dah la aku ni penakot.tekejut berok aku. aku rasa nak baling bom tangan lah
kat dorang ni. tunggu next year ek.

hari selasa kalo tak silap, adik bongsu aku ni buat hal, taknak pegi sekolah.
macam-macam budak zaman sekarang. kalo aku dulu,

"Cikgu, kita buat kelas nak, hari jumaat dan sabtu?"

lepas aku cakap tuh, ade la pemadam,penyapu terbang dari belakang, nasib baek tak baling
meja je. pegi la anta adik aku ngan keadaan dia menangis. dah2 kat depan pintu
pagar sekolah, taknak turun pulak. dengan bengangnye aku drive sampai lah
ter-trade paint ngan pagar masjid.kereta kelisa silver ade garis putih jadinye.
smart jugak aku tengok. aku ingat tak kantoi ngan sape2, skali jiran aku tanya,
ape pasal tuh? aku cakap, takde pape...."ter" je. bila aku nak balik shah alam ni,
mak aku tanya,

"K buat ape kat kete kelisa tuh?"
"heheeee~" senyum shj.
"dapat ape buat camtuh?" mak aku menyindir,
"dapat kepuasan" balas aku dengan selamber.

banyak je aku nak cerita.setakat ini dulu.

No comments:

Post a Comment